Thursday, January 29, 2009




MAJLIS BERSAMA PENDAKWAH INDONESIA
(KIYAI HAJI AA GYM @ ABDULLAH GYMNASTIAR)
.

Dilahirkan di Bandung, Jawa Barat, 30 Februari 1962; (umur 46 tahun) atau lebih dikenal sebagai AA-GYM adalah seorang pendakwah, penulis buku dan penerbit dan pengasas PONDOK PESANTREN DARUL TAUHID (http://www.daaruttauhiid.org/ ) , di Jalan Gegerkalong Girang, Bandung, Jawa Barat , Indonesia .

Menjadi popular kerana mengenalkan cara berdakwah yang unik dengan pesan-pesan dakwah Islami yang praktis dan diterapkan pada kehidupan seharian . Pesan-pesan dakwahnya berkisar pada pengendalian diri, hati nurani, toleransi dan keteguhan iman . Juga menekankan keutamaan salat, puasa, dan kemegahan surga, Aa Gym memilih untuk bercerita tentang pentingnya hati yang tulus, keluarga yang sakinah dengan menggunakan bahasa sehari-hari yang ringan dan menyenangkan.
.
pada :
JUMAAT , 30 JAN 2009
(3 SAFAR 1430)
.
jam :
SELEPAS SOLAT MAGHRIB
.
DI MASJID AL-FALAH USJ 9
PERSIARAN KEWAJIPAN ,
SUBANG JAYA ,
SELANGOR DE
.
info :
013-330 9474 (imam)
ANDA & KELUARGA ANDA MESTI HADIR


Tuesday, January 27, 2009

TOPUP...

“Maaf,baki anda tidak mencukupi untuk membuat panggilan”..
Kita sering saja mendengar perkataan ini daripada operator telefon apabila kita kehabisan kredit.Selalunya,apabila kita ingin membuat panggilan,lebih-lebih lagi kepada yang tersayang,apabila mendengar perkataan ini keluar dari telefon,kita akan berasa kecewa dan terus bergegas mencari bekalan ‘topup’.Kita akan memastikan bahawa kredit kita sentiasa penuh.Tetapi,pernah tidak kita aplikasikan ini kepada sesuatu yang lain?
Cuba kita bayangkan.Satu hari,satu suara berkata kepada kita..“Maaf,pahala anda tidak mencukupi untuk membolehkan anda masuk ke syurga”.Pernah tak kita berfikir seperti itu?Bayangkan di hari kebangkitan nanti,perkataan seperti itu diucapkan kepada kita.Bagaimana agaknya perasaan kita ketika itu?Apakah kita masih boleh men
‘topup’ pahala kita di saat pahala amalan kita yang terlampau sedikit ini dihitung.Bayangkan rasa kecewa yang menyelebungi diri kita,melebihi segala kekecewaan kita gagal dalam peperiksaan di dunia,kecewa dalam interview,kecewa dalam kerja,dalam segalanya.
Kita selalu menangis apabila kita kita kehilangan sesuatu yang amat berharga kepada diri kita.Tetapi,pernah tidak sekali kita menangis mengenangkan dosa-dosa silam kita.Pernah tidak kita mendengar kisah-kisah para alim ulama’,tabi’ tabii’n dahulu,yang selalu menangis mengenangkan dosa mereka yang sedikit.Sedangkan kita? Dosa kita terlalu sedikitkah berbanding mereka yang menyebabkan terlalu sukar untuk kita menitiskan air mata.Tetapi,apabila kekasih kita meninggalkan kita,sampai bengkak mata kita menangis.Betapa lemahnya iman kita..


Ingatkah kita akan kisah Syadad bin Aus? Kenal siapa Syadad bin Aus? Kata Abu Darda’ ..“Setiap umat ada orang fakih,dan antara orang fakih umat ini ialah Syadad bin Aus”.Kembali kepada kisah Syadad bin Aus.Satu malam,Syadad bin Aus hendak tidur,tetapi dia tidak dapat tidur dan hatinya gelisah.Maka dia berkata “Ya Allah,nerakaMu menyebabkan aku berjaga malam,dan hilangkanlah daripadaku rasa mengantuk ini”.Lalu,beliau bangkit dan solat sehingga Subuh.Kisah bagaimana seorang Fakih yang takutkan neraka sehingga tidak dapat tidak tidur malam..Adakah sekuat itu iman kita? Sahabat-sahabat kita di Palestin berjuang mengangkat senjata dan bermati-matian menentang golongan kuffar,dan kita? Hendak mengangkat mata dan selimut untuk pergi solat Subuh berjemaah pun kita tidak mampu,inikan pula hendak pergi berperang.
Mari kita sama-sama muhasabah diri kita..
Suka untuk saya bercerita kisah seorang sahabat Nabi bernama Amir bin Said.Pada zaman pemerintahan khalifah Saidina Umar al-Khattab.Ketika itu,beliau baru sahaja mendirikan rumah tangga.Saidina Umar hendak melantik seseorang untuk menjadi Gabenor di negara Kufah.Dengan berasaskan takwa,Saidina Umar menawarkan jawatan tersebut kepada Amir bin Said,tetapi beliau menolak kerana amanah tersebut terlalu berat bagi beliau.Saidina Umar berkata kembali “Kenapa kamu memilih aku menjadi khalifah sedangkan kamu tidak di belakang aku?”.Akhirnya,Amir bin Said menerima jawatan tersebut dan Saidina Umar memberikan kepada beliau sejumlah wang untuk beliau bertugas sebagai Gabenor di Kufah.Said bin Amir sebaliknya tidak menggunakan wang tersebut untuk dirinya,bahkan bersedekah kepada fakir miskin.Ketika menjadi gabenor di Kufah,pernah penduduk Kufah membuat aduan tentang kepimpinan beliau.
Penduduk Kufah mengadu tentang 3 perkara ; pertama(1),Said bin Umar tidak keluar dua kali dalam masa sebulan.Kedua(2),beliau lambat keluar untuk bertugas pada waktu pagi dan ketiga(3),beliau tidak keluar pada waktu malam.Dengan tawaddu’ Said bin Amir menjawab aduan-aduan tersebut.Beliau tidak keluar dua kali sebulan kerana beliau hanya mempunyai pakaian sehelai sepinggang.Dua hari itu digunakan untuk membasuh dan mengeringkan pakaian beliau.Beliau keluar lambat pada waktu pagi kerana beliau tidak mempunyai khadam atau hamba.Beliau dan isterinya melakukan sendiri semua kerja-kerja rumah.Beliau tidak keluar pada waktu malam kerana beliau memperuntukkan malam beliau hanya untuk beribadat kepada Allah.
Itulah satu contoh kepimpinan dan tauladan yang sepatutnya kita contohi.Walaupun bergelar gabenor,beliau tidak bermegah-megah dengan jawatan itu,bahkan semakin tawaddu’ dan rendah diri.Hendaklah kita memperuntukkan malam kita untuk beribadat kepada Rabb al-Jalil dan tidak mengisi sepenuhnya malam kita untuk melunaskan permintaan manusia kerana untuk memenuhi kehendak semua orang adalah sesuatu benda yang tak mungkin tercapai.Ubatilah hati kita selagi peluang bertaubat masih terbentang dan janganlah menunggu sehingga terbentangnya maksiat-maksiat kita di hari akhirat,baru kita hendak menyesal kerana seperti pepatah melayu “sesal dulu pendapatan,sesal kemudian tiada berguna” .
Berkata ulama’,terdapat 9 perkara yang boleh meng'islah(ubah)kan hati :1.Membaca al-Quran dengan tadabbur dan memahami maknanya. 2.Mengosongkan perut dengan mengurangkan makan 3.Bangun malam dengan beribadat 4.Bermunajat pada waktu sahur 5.Berdamping dengan orang Soleh 6.Diam daripada perkara-perkara tidak bermanfaat 7.Uzlah daripada orang jahil 8.Jangan selalu bersama mereka(orang jahil) 9.Makan benda yang halal
Konklusinya,marilah kita sama-sama merenung dan menangisi dosa-dosa kita lakukan.Tidak rugi untuk menitiskan air mata kita kerana takutkan Allah kerana titis-titis air mata kita dan amalan-amalan baik kita umpama ‘top-up’ yang akan mengisi ‘kredit’ untuk kita pada hari perhitungan nanti,insyaALLAH..
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah,gementar hatinya..dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka..bertambah(kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakkal” (Al-Anfal,2)
Rujukan : Terjemahan al-Quran,Kitab Fathul Mubin Bi Syarhi Arbai’in,Kitab Al- Jawahir Al-Lu’lu’iyah Fi Syarhi Arbai’in An-Nawawiyah.
diedit dari karya iluvislam.com

Wednesday, January 21, 2009

Buat renungan...

Andai Malaysia diserang seperti negara Islam yang lain….
Apabila negara-negara Islam yang lain dilanda peperangan atau diserang oleh askar kafir….. kita sering mendengar pemimpin-2 kita menggunakan modal seperti ini..” Kita patut bersyukur Malaysia aman dan damai….” Tetapi pernahkah kita berfikir untuk sejenak, sejarah ditulis setelah ia berlaku, tetapi sejarah tidak dapat diramal ketika ia sedang berlaku. Ketika rakyat Islam Bosnia disembelih oleh paramilitari Serb, pada malam sebelumnya mereka hidup seperti biasa dan tidak pernah terlintas bahawa keesokan harinya akan bermulanya hari celaka bagi mereka. Jadi, untuk sejenak cuber kiter berfikir dalam bentuk reverse engineering iaitu: Bagaimana jika kita yang diserang oleh kuasa kuffar seperti negara Islam lain, dan negara Islam yang lain plak jadik cam kiter?
MALAYSIA DISERANG ???untuk menanam kesedaran ke atas Melayu Yang Mudah Lupa. (Melayu Mudah Lupa kata Mahathir)AMARIKOS menyatakan Malaysia sarang pengganas.. ada pejuang Hizbullah terlepas ke malaysia …lalu menghantar Kapal Pengangkut Pesawatnya (CARRIER) di Selat Melaka dan di Laut China Selatan. Menghantar kapal selam nuklearnya dgn muatan peluru berpandu membawa armada tentera untuk menyerang malaysia …AMARIKOS menyuruh negara berhampiran dengan Malaysia yang merupakan sekutu rapatnya SINGOFURO di selatan, TAHAILAND di Utara dan PILLIPINNOS di Timur menenyerang Malaysia dengan alasan memburu pengganas al-Qaeda atau Hizbullah sama seperti alasan Israel menyerang Lubnan dan Palestin.Walaupun Malaysia cakap Malaysia negara bebas pengganas tentera Kuffar tetap menyerang malaysia jugak sama seperti mereka menyerang Iraq kerana mereka dakwa Iraq ada senjata pemusnah, Afghanistan ada Pengganas Taliban, Lubnan ada Pengganas Hibullah dan Malaysia ada Pengganas Jemaah Islamiah.Malaysia tetap mempertahankan Malaysia ini tidak ada pengganas tetapi suara kita tidak dihiraukan sama seperti mereka tidak hiraukan Afghanistan , Iraq , Lubnan dan Palestin.Sebelum tiba saat MALAYSIA DISERANG ini Perdana Menteri kita… YB Wakil Rakyat… Parlimen dan ADUN… Tauke-tauke Cina yang kaya… semua cabut lari ke keluar negara dengan jet dan pesawat peribadi masing-masing. Mereka ada duit untuk cari perlindungan di luar negara.Tinggallah rakyat Melayu Islam yang miskin hina ini di negara sendiri, menunggu masa untuk diserang oleh tentera Kuffar AMARIKOS dan sekutunya. Barulah rakyat tahu bahawa pemimpin Melayu dan tauke cina yang dijadikan pepimpin sebelum ini tidak sama seperti Khalifah Umar Al-Khattab… Khalifah Ali Abi Thalib… Khalifah Khalid Al-Walid… Khalifah Salahuddin Al-Ayubbi… yang sanggup berada dibarisan hadapan berdepan musuh-musuh Islam.SAAT Peperangan bermula….Tempat yang mula-mula sekali dibom adalah Putrajaya, diikuti negeri-negeri lain. AMARIKOS dan Sekutunya mengebom…melancar peluru berpandu… membedil…menembak Rakyat Malaysia…mereka membunuh Orang tua… perempuan dan Anak-anak kecil orang melayu islam kita…sama seperti Yahudi menembak dan membunuh rakyat Lubnan yang tak berdosa!!!AMARIKOS dan sekutunya menyerang MALAYSIA secara besar-besaran. Apabila selesai pesawat pejuang di Selat Melaka mengebom Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur . Datang lagi pesawat musuh silih berganti…..Apabila selesai pesawat pejuang di laut China Selatan mengebom Kelantan, Terengganu, Pahang….datang lagi pesawat musuh silih berganti….Johor pula dibedil dengan peluru berpandu jarak sederhana SINGOFURO… diserang dengan jet-jet pejuang SINGOFURO yang sentiasa melalui ruang udaranya… menghujani bom-bom dan roket…kemudian Johor dan negeri sembilan dapat ditawan tentera musuh.

Anda di berada di Kedah….Pasukan Darat tentera Bersekutu mara dari bahagian Utara…tentera bersekutu semakin dekat dengan rumah anda… menentang pintu rumah anda….anda bersama dengan Isteri yang sarat mengandung dan 3 orang anak ketakutan dalam rumah…Tentera bersekutu memperkosa anak perempuan yang berusia 12 tahun anda depan mata anda…sebagaimana tentera Sebia memperkosa umat Islam Bosnia …muncung senapang ditujukan di kepala anda…Anak perempuan kesayangan anda yang anda bawak masa jamuan Raya 2006…diajukan muncung senapang…DAMMMMMM…anak kesayangan anda mati ditembak oleh tentera bersekutu…Sebelum ini anda melihat anak umat islam Lubnan, Palestin mati ditembak.. anda tidak mempunyai perasaan apa-apa… sekarang berlaku kepada diri sendiri… baru tahu perasaan sedih anak mati ditembak di depan mata…..Anda menangis ketakutan….Tentera bersekutu merampas Isteri anda yang sarat mengandung, dibawa menaiki trak…untuk dijadikan habuan tentera dalam kem. Anda dipukul separuh mati oleh tentera bersekutu meninggalkan anda patah riuk berlumuran darah. Anda sangka anda sudah mati….tetapi umur anda masih panjang….anda masih hidup…anda merangkak menuju ke hutan berhampiran disebuah bukit untuk menyembunyikan diri….Anda mengalirkan air mata… INGAT AKAN ALLAH….Ujian peperangan berlaku didepan mata anda sekarang. Anda sebelum ini tidak pernah terlintas dengan peperangan. Kita sering disogokkan negara kita aman, tiada peperangan, tiada pertumpahan darah tiba-tiba hari ini diuji berlaku peperangan.Pemimpin tersebut yang menyatakan negara kita aman cabut menghilangkan diri. Anda sudah tiada siapa lagi didunia ini….Anak perempuan diperkosa dan dibunuh didepan mata…Anak kecil ditembak didepan mata…Isteri dirampas untuk diperkosa…. didepan mata!!!!kawan-kawan…sahabat taulan… ramai yang terkorban..dan tidak kurang juga yang cedera parahh...Dipuncak bukit anda melihat kampung halaman anda terbakar. Mayat orang melayu Islam bergelimpangan mati terutama golongan orang tua dan kanak-kanak yang tidak sempat melarikan diri…mereka tidak bernasib baik seperti anda…Diatas bukit itu juga…anda melihat beribu-ribu Tentera bersekutu berkumpul untuk membunuh dan menembak saki-baki orang melayu Islam yang masih selamat… mengerledah setiap ruang yang ada untuk memburu Al-Qaeda, Hizbullah atau Jemaah Islamiah… tetapi umat Islam lain yang jadi mangsa…Sementara menunggu sakaratul maut menjemput anda apabila anda tersua dengan Tentera bersekutu nanti….Apa yang anda Harapkan pada masa itu????Tiada perkara lain yang anda harapkan kecuali…BANTUAN ALLAH….BANTUAN TENTERA UNTUK MEMBELA AGAMA ALLAH…ANDA MENGHARAPKAN UMAT ISLAM DARI NEGARA LAIN MEMBERI BANTUAN KETENTERAAN KEPADA MALAYSIA … ANDA MENGHARAPKAN SAUDARA SEAGAMA DENGAN ANDA MELINDUNGI ANDA DARIPADA SERANGAN TENTERA KUFFAR!!!! ANDA MENGHARAPKAN BANTUAN TENTERA JIHAD FI SABILILLAH DARIPADA INDONESIA, SELATAN THAILAND, BANGLADESH, PAKISTAN,DAN NEGARA OIC YANG LAINNNNNN…..BAGI MELAWAN TENTERA PENCEROBOH BUMI MALAYSIA INI……Tetapi tunggu punya tunggu…. bantuan ketenteraan tidak kunjung tiba…ANDA TERDENGAR UCAPAN DARIPADA PEMIMPIN DUNIA ISLAM YANG LAIN menyatakan:“Kami Negara-Negara Islam Mengutuk tentera PENCEROBOH menyerang Malaysia ” (Presiden Burkina Faso, Pengerusi OIC yang baru)“Kami akan menghantar 10 000 Tentera pengaman ke MALAYSIA selepas tamat perang nanti…setelah habis kawasan Malaysia dibom oleh tentera bersekutu”(Presiden NAM )“Alhamdulillah… Negara kita Indonesia aman damai berbanding dengan negara Malaysia yang dilanda peperangan…Kita semua patut bersyukur… kita dapat menyambut hari raya aidilfitri dan deepavali dalam suasana yang aman harmoni”, Presiden Indonesia- Negara Umat Islam paling ramai. (Pemimpin Malaysia selalu sebut camni)“Tak apa… selepas peperangan tamat… Kami akan menghantar para pendakwah ke Malaysia untuk mendidik rakyat Malaysia ” Wakil Penduduk Islam Selatan Thailand )“Kami akan menghantar bekalan makanan dan ubatan kepada Penduduk Islam Malaysia yang dilanda peperangan” Pemimpin Arab Saudi)..bagi komen dan pendapat…
APA PERASAAN ANDA APABILA MENDENGAR UCAPAN PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM SEPERTI DIATAS DIKALA ANDA MEMERLUKAN BANTUAN KETENTERAAN DARIPADA MEREKA??fikir-fikirkan… .

Tuesday, January 20, 2009

Apakah Dayanya...

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن نصرهووالاه

Apakah Dayanya...

Sudah tidak mampu mengungkap kisah dalam derita ayah dan ibu di Palestin. Kelu sudah lidah bicara perihal penderitaan keluarga di sana. Tersangat hampirnya mereka kepada diri, sehingga kebanyakkan ketika teringatkan mereka.
Makanan yang disaji di hadapan mata, hampir tidak terasa seleranya. Biarlah ungkapan ini barbaur emosi. Sedangkan setiap suapan ke mulut ini, terasa kosong.
Terfikir, ketika kita menikmati bau makanan yang enak, ibu dan ayah di Palestin sana ditusuk bauan hanyir para syuhada. Namun wangian darah syuhada itu berkekalan sebagai para penghuni jannah al-naim. Mereka menangisi para syuhada semuda usia bayi-bayi kecil. Pasti tempat mereka di syurga sana.
Abu Hurairah berkata:
“Bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Demi (Tuhan) yang diriku berada di tangan-Nya, tidaklah seseorang itu tercedera pada jalan Allah melainkan dia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan lukanya menitiskan darah, warnanya warna darah, dan baunya bau kasturi.” (2803 Al Bukhari dan 1876 Muslim)
Terbalas kesedihan dan penderitaan mereka dengan janji penuh pasti daripada Rasulullah Shollahu Alaihi Wassalam;
Seorang sahabat bertanya Rasulullah SAW, "Apakah amalan yang sama nilainya dengan jihad fi sabilillah?"
Baginda menjawab, “Kamu tidak akan mampu (melaksanakannya).”
Orang itu bertanya lgi soalan yang sama hingga dua atau tiga kali. Baginda tetap dengan jawapannya, “Kamu tidak mampu.” Pada kali ketiga, baginda bersabda:
“Perumpamaan orang yang berjihad pada jalan Allah adalah seperti orang yang sentiasa berpuasa, qiam dan qunut dengan ayat-ayat Allah tanpa berbuka dan berhenti daripada puasa dan solat hinggalah orang yang berjihad fi sabilillah itu pulang.”
(Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim Sohihnya hadith 1878 dari Abu Hurairah)

Maka, ketika ini, para ibu, ayah dan pemuda, pemudi di Palestin, secara zahirnya mereka kelaparan dengan sekatan makanan. Mereka kekurangan perubatan akibat kezaliman yahudi zionis laknatullahi alaih.
Namun, jauh daripada sudut akidah, mereka golongan terkuat di muka bumi ini. Sehingga menjadi syuhada pilihan ALLAH SWT. Rembesan darah yang mengalir hasil tusukan peluru yahudi zionis laknatullahi alaih bukan titisan darah biasa. Malah penuh kemuliaan di bumi bekas pijakkan Sayyiduna Muhammad Shollahu Alaihi Wassalam dan kaya Anbiya. ALLAHU ALLAH...
Riwayat yang hampir sama disebut di dalam Sohih Muslim hadith (1887). Imam Muslim meriwayatkan hadith ini menerusi 3 jalan. Masruq berkata:
“Kami bertanya kepada Abdullah (yakni Ibnu Mas’ud) tentang maksud ayat: “Dan janganlah kamu menyangka orang yang terbunuh pada jalan Allah itu mati, tetapi mereka itu hidup di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki.” (Ali Imran 169) Kata Ibnu Mas’ud, “Kami juga pernah bertanya Rasulullah SAW tentang perkara ini, lantas baginda bersabda:
“Ruh para syuhada’ itu di dalam perut burung hijau. Ia ada beberapa lampu yang tergantung di arasy. Ia berterbangan di syurga seberapa lama yang dikehendakinya. Kemudian ia menuju ke arah lampu yang tergantung itu. Lalu Tuhan memandang mereka dan bertanya: “Adakah kalian inginkan sesuatu?” Mereka menjawab, “Apa lagi yang kami mahukan sedangkan kami bebas bergerak di dalam syurga ke mana saja yang kami mahu.” “Tuhan bertanya lagi hingga tiga kali. Maka apabila mereka dapati mereka tetap ditanya juga, akhirnya mereka berkata, “Ya Tuhan kami, kami mohon supaya dikembalikan ruh ke jasad kami supaya (kami dapat berjihad lagi dan kemudiannya) kami dibunuh pada jalanmu sekali lagi.” “Maka apabila Tuhan melihat mereka tidak ada lagi apa-apa hajat, merekapun ditinggalkan.”
Begitulah sabdaan Baginda Nabi Sayyuddinna Muhammad Shollahu Alaihi Wassalam atas janji ALLAH SWT kepada ruhnya para syuhada. Sambutlah seruan jihad hari ini dengan memusuhi nafsu burukmu.
Lalu susun langkahmu agar selari dengan redhanya ALLAH SWT ke atasmu. Pertahankan Palestin dengan segala kemampuanmu. Di bumi Palestin itu atau di mana jua umat Islam berada, mereka adalah ibu dan bapa kita. Meraka adalah saudara seakidah yang sakit mereka rasa adalah kesakitan kepada kita.
Wallahu’alam

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وبارك وسلم أجمعين، والحمد لله رب العالمين